Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Monday, October 11, 2010

Pengalaman Survey di Taman Perling

Pada saya pengalaman yang survey yang saya lalui pada 12/10/2010 telah memberi banyak pengalaman kepada saya tentang sikap penduduk di kawasan itu. Tujuan survey yang kami lakukan adalah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di Taman Perling. Saya juga merasa bagaimana perasaan penduduk yang derita menghadapi masalah seperti masalah kebersihan, kecurian, pengangkutan, aksesibiliti dan lain-lain. Namun saya jugak agak terkilan dengan sikap penduduk di kawasan tersebut kerana ada sesetengah penduduk tidak mahu berkerjasama memberi maklumat.Walau apa pun terjadi saya tetap akan terima cabaran ini untuk bekalan pada masa akan datang. Saya rasa perlu terapkan kesedaran sivik kepada penduduk bertapa pentingnya menjaga semua kemudahan dan infrastruktur yang disediakan supaya dapat digunakan bersama.Selain itu, peranan Persatuan Penduduk Taman Perling perlulah bergiat aktif dalam menangani masalah ini dengan mengadakan aktiviti yang boleh memupuk kerjasama antara penduduk.Secara tidak dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera.

Saturday, September 25, 2010

3 Tanda Kemanisan Iman

Kemanisan Iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)

Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan lapangnya dada.

Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)

Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid, sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .

Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua bersedia untuk dinikmati.

Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita. Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan ilmu.

Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang bersih hatinya.

Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :

- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.

- Qiyamullail .

- banyak beristighfar .

- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.

- Kurangkan makan .

Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan kelazatan iman.

dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab, “Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah, sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”

Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian, sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia.”

menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara cara mencintai Nabi SAW:

- Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira, sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.

- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.

- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan

- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.

- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.

- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda

Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah SWT dan amal soleh.

Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada saudara kita.

Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya, tidak berkelakuan sombong kepadanya.

Thursday, August 26, 2010

Ke Arah Perancangan Pembangunan Suburbanization di Malaysia

Ini adalah mukadimah untuk saya menyiapkan tugasan yang di berikan. Tajuknya ialah Ke arah perancangan pembangunan Suburbanization di Malaysia. Ke arah perancangan pembangunan Suburbanization di Malaysia adalah sangat penting. Tujuannya adalah untuk meningkatkan pertumbuhan dan kemajuan pembangunan kawasan tersebut terutamanya kawasan luar bandar. Kemajuan sesebuah kawasan adalah penting. Namun pembangunan dan kemajuan juga memberi beberapa kesan positif dan negatif kepada masyarakat, ekonomi,sosial dan alam sekitar. Hal ini berlaku di sebabkan beberapa faktor-faktor, kesan dan cara untuk menangani masalah ini yang saya akan bincangkan dalam tugasan yang diberikan. Selain itu, saya cuba mencari konsep yang sesuai untuk di praktikal di kawasan luar bandar.

Harapan saya Dr.akan bagi sedikit komen, maklumat dan informasi yang berkaitan supaya dapat saya jadikan sebagai rujukan. Terima kasih.

Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak Di Pinggir Bandar Metropolitan di Johor Bahru.


Baru-baru in saya dan kawan-kawan yang mengambil subjek elektif telah mengadakan satu lawatan tapak di kawasan pinggir bandar yang terletak di Johor Bahru. Saya mendapati bahawa kawasan pinggir bandar perlu diberikan perhatian yang serius supaya masalah dapat di atasi sebelum ianya menjadi lebih kratikal.

Pada pemerhatian yang dapat saya simpulkan daripada hasil lawatan yang dibuat terutamanya di kawasan Kampung Melayu Lima Kedai, Pekan Gelang Patah, Lessier Farm dan Bukit Indah.

Bagi Kawasan Kg.Melayu Lima Kedai, saya dapat lihat apa yang sedang berlaku dikawasan sekelilingya?Ternyata amat menyedihkan hati saya apabila aktiviti pembangunan sedang rancak dijalankan sehingga memberi banyak kesan kepada kg tersebut.Antara kesan yang berlaku adalah hilangnya identiti kg tersebut kerana tekanan pembangunan yang pesat telah mempengaruhi fikiran penduduk kg untuk menjual tanah mereka dengan pelbagai alasan yang akan diutarakan.



Bagi kawasan Pekan Gelang Patah, saya dapat lihat bagaimana aktiviti perniagaan tidak dapat berjalan dengan baik iaitu kurang maju.Hal ini kerana banyaknya persaingan di antara kawasan bandar dan pinggir bandar.Secara amnya,aktiviti perniagaan telah di dominasikan oleh orang cina berbanding orang melayu.Oleh itu, apa yang akan terjadi kepada orang melayu yang terlibat dalam perniagaan?



Bagi kawasan Lessier Farm pula mengamalkan konsep gaya hidup mewah dan temporary, di mana hanya golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi sahaja yang mampu memiliki rumah dikawasan tersebut.Bagaimana puladengan golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Perbezaan pendapatan menjadi jurang antara golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan pendapatan rendah dihimpit masalah rebakan bandar.



Bagi kawasan Bukit Indah pula, saya dapati aktiviti perniagaan sedang rancak berjalan.Ini terbukti apabila banyak tempat-tempat memberi belah yang wujud seperti”cendawan tumbuh selepas hujan” antaranya seperti jusco,giant, tesco dan lain-lain di bangunkan di dalam satu kawasan yang berdekatan. Dengan ini persaingan wujud antara satu sama lain.




Kesimpulan yang dapat saya dibuat ialah setiap pembangunan memerlukan perancangan yang baik supaya pembangunan dapat dijalankan dengan sempurna dan sistematik.