Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Wednesday, July 28, 2010

Metropolitan Region

Wilayah metropolitan merupakan perkembangan sesebuah kawasan yang berkembang pesat. Istilah Metropolitan pertama kali digunakan secara rasmi berkenaan dengan skala dan pola pertumbuhan bandar yang sangat cepat di Amerika. Perubahan fundamental dalam cara hidup Amerika ini dikenali pada awal abad ke-20 ketika Biro Districts ke dalam sistem klasifikasi wilayahnya (Goheen, dalam Bourne, ed. 1971). Wilayah Metropolitan yang digunakan di Amerika Syarikat bagi menjelaskan satu penempatan bandar yang mempunyai satu atau lebih bandar yang memenuhi kriteria tertentu dari segi penduduk, kepadatan dan jenis-jenis pekerjaan.Namun, Wilayah Metropolitan dalam konteks Malaysia, merupakan kawasan yang mempunyai tepubina di mana kawasan yang padat dengan pembangunan sehingga kawasan itu tidak dapat menampung pembangunan akan datang. Pembangunan yang pesat dan berterusan termasuk di dalam kawasan bandaraya dan bandar-bandar lainnya dengan pembangunan yang pesat hingga melewati sempadan pentadbiran. Antara contoh Wilayah Metropolitan ialah di New York. New York adalah salah sebuah kota metropolitan yang terdapat di Amerika Syarikat. New York ialah sebuah negara di wilayah Timur Laut, Amerika Syarikat dan bandar ketiga yang paling padat penduduknya. New York yang secara geografi bandar terbesar yang mempunyai paling padat penduduknya di Amerika Syarikat, dikenali dengan sejarahnya sebagai pintu gerbang untuk imigrasi ke Amerika Syarikat dan statusnya sebagai pengangkutan kewangan, budaya dan pust perkilangan. Walaubagaimana pun kota metropolitan juga menyumbang kearah pembangunan ekonomi sesebuah negara namun terdapat beberapa kesan negatif yang boleh memberi kesan kepada sesebuah kota metropolitan terbabit. Antara kesan negatif tersebut yang jelas boleh dilihat adalah dari segi pencemaran, sosial dan lain-lain. Pencemaran udara, bunyi dan air adalah seringkali dikaitkan dengan permasalahan ini. Selain itu, masalah sosial seperti jenayah, vandalism dan lain-lain juga sering menjadi isu utama akibat daripada pembangunan pesat sesebuah wilayah metropolitan.

Sunday, July 25, 2010

New Urbanism (Walkability)

Dalam konteks pembangunan pada masa kini konsep new urbanism adalah amat praktikal untuk digunapakai ini adalah kerana konsep ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan fizikal malah mementingkan keselesaan penduduk. Antara salah satu prinsip yang digunakan bagi mewujudkan sebuah bandar new urbanism adalah prinsip walkability di mana ianya merujuk kepada kepentingan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat dengan hanya berjalan kaki. Terdapat banyak faedah apabila prinsip dapat digunapakai dalam pembangunan sesebuah kawasan antaranya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan masalah kemalangan dan mengelakkan pencemaran terutamanya pencemaran bunyi dan udara.Walaubagaimanapun untuk menjayakan prinsip walkability ini sebuah kawasan itu haruslah memiliki reka bentuk bandar yang sistematik dan mampu untuk menarik perhatian pengguna untuk berjalan. Antara indikator yang boleh digunapakai bagi menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki adalah sesebuah kawasan tersebut menyediakan kawasan pejalan kaki yang menarik dengan penanaman pokok-pokok sebagai peneduh, lanskap yang menarik, sistem keselamatan yang sempurna seperti bollard yang mengasingkan kawasan pejalan kaki dan jalan raya serta sistem lampu jalan terutamanya pada waktu malam untuk mengelakkan berlakunya masalah jenayah seperti ragut.

Wednesday, July 21, 2010

Urban Rural-Fringe

Isu kawasan pinggir bandar bukanlah satu isu baru yang melanda di Malaysia malah dikawasan luar Negara juga turut sama berlaku. Pembangunan yang pesat telah mempengaruhi penggunaan guna tanah di kawasan pinggir bandar untuk membentuk satu pembangunan baru. Ini kerana pembangunan yang terlalu pesat di bandar menyebabkan penggunaan guna tanah yang optimum. Isu ini memberi impak kepada pembangunan akan datang dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar.Isu ini perlu lah diteliti dengan lebih telus lagi supaya setiap pembangunan yang ingin dijalankan memenuhi objektif ke arah pembangunan mampan.

TaNggApaNmu...

Sepanjang perjalanan kehidupan,
ku temu pelbagai rupa kawanku.
gemuk, kurus, panjang, pendek,
lawa, kacak, hodoh, ayu, sayu
Bersikat, bertudung…
akan sejenak ku terfikir…
manakah satu…..
rupa yang akan menjadi kawanku yang setia..
yang gemuk atau kurus?
yang pendek atau panjang?
yang lawa atau hodoh?
yang bersikat atau bertudung?
diriku dalam dilema….
setelah difikir berkali…
tersedar diriku…
kadang-kadang sesuatu yang indah tak sebetul-betulnya indah
dan……
kadang-kadang sesuatu yang buruk tak sebetul-betulnya buruk
kadang-kadang yang kacak tak selalunya betul..
kadang-kadang yang lawa tak selalunya baik
kadang-kadang yang hodoh tak selalunya jahat
kadang-kadang yang bertundung tak selalunya jujur
dalam hidup ini perlulah berhati-hati…
mencari kawan memang senang…
tetapi mencari kawan yang setia
umpama mencari jarum dirumput yang kering...
berusahalah untuk mencari kawan yang setia...

Monday, July 12, 2010