Kadang Kala Kita Merasa
Dekat Sangat Pada Seseorang
Tetapi Tak Tercapai Tangan Kita
Untuk Menggengam Tangannya….
Namun Sematkan Dihati
Walaupun Tangannya Tidak Tergenggam
Namun Akan Tergenggam Jua Akhirnya
Jika Niat Kita Ikhlas Dan
Walaupun Hanya Dalam Mimpi….
Kadang Kala Hati Kita Merasa
Rindu Sangat Pada Seseorang
Tetapi Hati Kita Selalu Berkata-Kata
Aku Takut Untuk Meluahkannya…
Walau Kadangkala Hati Kita Berkata-Kata
Rindu Padanya Setengah Mati
Namun Takut Untuk Meluahkannya
Bimbang Rasa Ini Tidak Terbalas
Kerana Rindu Padanya Tuhan Saja Yang Tahu…
Kadang Kala Hati Kita…
Teringin Sangat Untuk Bersamanya..
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-Kata
Aku Takut Untuk Mendekatinya…
Kadang Kala Diri Ingin Saja
Terbang Mendekatinya..
Namun Bimbang Adakah..
Dia Sepertiku…
Ku Lontar Jauh Rasa Takut…
Mendekatinya
Kerana Ku Tahu Jalan Ku Tetap Juga
Menuju Yang Esa…
Kadang Kala Kita
Ingin Berseorangan
Tetapi Hati Kita ..
Takut Dalam Kesunyian…
Kerana Kesunyian Itu..
Menyedarkan Jiwa
Kerana Rasa Disayangi Itu..
Memang Indah…
Kadang Kala Hati Kita…
Ingin Mengambil Berat
Pada Orang Kita Saying
Tetapi Hati Kita Sering Berkata-Kata
Aku Takut Di Salah Erti
Kita Ingin Mengambil Berat
Namun Risau Di Salah Ertikan
Namun Buatlah Dia Mengerti
Agar Dia Tahu Apa Hatimu Sebenarnya…
Rupa-Rupanya…Kita Memang Berjauhan..
Yang Tak Mungkin Tercapai Tangan Ku
Untuk Ku Menggenggam Tangan Mu
Rupa-Rupanya…Memamang Kita Berjauhan
Biarpun Tanganku Tidak Tercapai
Mengenggam Tanganmu
Namun Hatiku Telah Pun Kaugenggam…
Kini Ku Kirimkan Hati Ku…
Sebagai Penganti Diri…
Agar Sentiasa Dekat Pada Mu
Agar Persahabatan Yang Terjalin Ini
Kekal Untuk Selamanya…
Walaupun Diri Ku Tidak Muncul
Di Hadapan Mu…
Moga Kau Menjaganya Dengan Sebaiknya
Kerana Hati Ini Telah Ku Penuhinya Dengan
Keikhlasan, Kejujuran Dan Ketulusan
Serta Sarat Dengan Doa Agar
Kita Jadi Yang Sebaik-Baiknya…