Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak Di Pinggir Bandar Metropolitan di Johor Bahru.


Baru-baru in saya dan kawan-kawan yang mengambil subjek elektif telah mengadakan satu lawatan tapak di kawasan pinggir bandar yang terletak di Johor Bahru. Saya mendapati bahawa kawasan pinggir bandar perlu diberikan perhatian yang serius supaya masalah dapat di atasi sebelum ianya menjadi lebih kratikal.

Pada pemerhatian yang dapat saya simpulkan daripada hasil lawatan yang dibuat terutamanya di kawasan Kampung Melayu Lima Kedai, Pekan Gelang Patah, Lessier Farm dan Bukit Indah.

Bagi Kawasan Kg.Melayu Lima Kedai, saya dapat lihat apa yang sedang berlaku dikawasan sekelilingya?Ternyata amat menyedihkan hati saya apabila aktiviti pembangunan sedang rancak dijalankan sehingga memberi banyak kesan kepada kg tersebut.Antara kesan yang berlaku adalah hilangnya identiti kg tersebut kerana tekanan pembangunan yang pesat telah mempengaruhi fikiran penduduk kg untuk menjual tanah mereka dengan pelbagai alasan yang akan diutarakan.



Bagi kawasan Pekan Gelang Patah, saya dapat lihat bagaimana aktiviti perniagaan tidak dapat berjalan dengan baik iaitu kurang maju.Hal ini kerana banyaknya persaingan di antara kawasan bandar dan pinggir bandar.Secara amnya,aktiviti perniagaan telah di dominasikan oleh orang cina berbanding orang melayu.Oleh itu, apa yang akan terjadi kepada orang melayu yang terlibat dalam perniagaan?



Bagi kawasan Lessier Farm pula mengamalkan konsep gaya hidup mewah dan temporary, di mana hanya golongan yang mempunyai pendapatan yang tinggi sahaja yang mampu memiliki rumah dikawasan tersebut.Bagaimana puladengan golongan yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Perbezaan pendapatan menjadi jurang antara golongan tersebut. Hal ini menyebabkan golongan pendapatan rendah dihimpit masalah rebakan bandar.



Bagi kawasan Bukit Indah pula, saya dapati aktiviti perniagaan sedang rancak berjalan.Ini terbukti apabila banyak tempat-tempat memberi belah yang wujud seperti”cendawan tumbuh selepas hujan” antaranya seperti jusco,giant, tesco dan lain-lain di bangunkan di dalam satu kawasan yang berdekatan. Dengan ini persaingan wujud antara satu sama lain.




Kesimpulan yang dapat saya dibuat ialah setiap pembangunan memerlukan perancangan yang baik supaya pembangunan dapat dijalankan dengan sempurna dan sistematik.


12 comments:

  1. Satu catatan yang bernas dan baik. Fikirkan idea-idea baru dan berkesan bagi perancang untuk memperbaiki keadaan. Well done.

    ReplyDelete
  2. kalau tengok dekat kampung Gelang Patah tu, dia memang menerima percikan rebakkan bandar tetapi macam cik rina cakap, ia tidak beberapa membangun. contohnya kedai makan hanya ada sebuah sahaja dan disokong oleh beberapa buah kedai runcit lain. perniagaan yang sepatutnya maju jadi "slow" sebab orang yang datang kurang,..sume pergi at pekan baru

    ReplyDelete
  3. setiap pembangunan yang hendak dijalankan seharusnya mempunyai perancangan yang tepat. kampung-kampung yang menerima percikan pembangunan tidak membawa apa-apa perubahan terhadap penduduk setempat disebabkan oleh pembangunan yang tidak dirancang dengan sempurna.

    ReplyDelete
  4. Satu pengamatan yang menarik dari Shahrina,..kita dapat lihat kebanyakan bangsa yang mendiami kawasan Bukit indah adalah dari bangsa cina,.dimana bangsa melayu kita??mentaliti dan cara hidup orang melayu itu sendiri perlu diubah supaya dapat bergerak seiring dengan bangsa lain.

    ReplyDelete
  5. btul tu en apai...kita seharusnya sensitif ttg keperluan org melayu kita..seolah2 kita telah kembali kt zaman dulu...petempatan mengikut pekerjaan...org cina kt bandar dan org melayu kt kg2...semua ini tidak mgkin terjadi jika perancangan pembngunan bandar dirancang dgn baik sekali.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya kita tidak boleh samakan bangsa kita dengan bangsa yang lain. Contoh seperti orang cina, mereka lebih cenderung menjalankan aktiviti perniagaan dan suka mengaut keuntungan yang tinggi. Jika mengikut ajaran agama kita ia adalah tidak betul. Jadi apa yang penting untuk kita bergerak seiring dengan pembangunan. Usaha dari kita sendiri dan idea yang bijak dari planner untuk mencapai kesejahteraan penduduk.

    ReplyDelete
  7. hasil daripada pemerhatian dan lawatan ke pinggir bandar yang telah dibuat kita dapat melihat bertapa hasil rebakan bandar telah memberikan kesan kepada penduduk asal pinggir bandar johor bahru samada kesan negatif mahupun positif.

    ReplyDelete
  8. btul la ape yg korang ckap kt atas tuhh...Tp yang menjadi persoalannya,kita jugak yang pergi membeli dekat mereka..Ada sahaja kedai org Melayu,tp tidak banyak..Kita lebih cenderung membeli dengan mereka kerana strategi perniagaan mereka yang lebih baik kerana modal yang mereka ada juga lebih besar..Oleh itu,siapa yang hrus disalahkan jika bangsa mereka lagi maju...??? walaubgaimanapun,itu merupakan prsaingan dlm bidang ekonomi shj..ttp turut mnmpkkan impak yg besar ke ats pmbngunnan..Tp,tnpa mereka juga JB xkan sentiasa membangun seperti yg kita lihat pada masa kini..jd tiada siapa hrus diperslahkan dan semua masayarakat hrus mengecapi pembangunan..

    ReplyDelete
  9. bernas la pendapat che wan...sy sokong sgt2...tapi kita xbuleh salahkan sesiapa dalam hal ni..setiap bangsa ad kelebihan dan keburukan masing2...so,untuk selesaikan masalah ni peranan kita sebenarnya sebagai planner merancang pembangunan berlandaskan 'smart growth'...skrg ni xde istilah org melayu berada di kg sedangkan bangsa cina berada di bandar..jika kita(planner)dapat wujudkan hub y baik dengan membina pembangunan berkonsepkan neighbourhood secara tidak langsung tidak akan timbul jurang perbezaan antra kaum melayu dan cina..kita kan hidup dalam 1 Malaysia

    ReplyDelete
  10. Perancangan yang terperinci sebelum sesebuah pembangunan dialkukan amatlah perlu bagi mengelakkan pelbagai masalah yang timbul dan supaya semua pihak memperoleh keuntungan bersama.

    ReplyDelete
  11. persoaln yang dikemukan dengan pendapat yang lain2 dapat saya simpulkan bahawa nasib orang melayu tidak mendapat pembelaan, jurang antara golongan miskin dan kaya semakin jauh dan juga guna tanah hanya menfokuskan kepada kawasan komersial dan bukannya lebih kawasan lapang dan rekreasi..ini jelas perlihatkan pembangunan dilakukan untuk mendapat keuntungan sebagai motif utama berbanding memikirkan kesejahteraan masyarakat setempat..ini perlu diatasi..=(

    ReplyDelete