Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Wednesday, June 22, 2011

Salahkah menjadi SINGLE???

SINGLE?
Ya SINGLE, kenapa salahkah jika seseorang itu SINGLE?
Saya kerap ditanya teman-teman kenapa diri ini
masih SINGLE hingga ke hari ini,
jika dulu memang saya sendiri yang akan rajin
menjawab semua pertanyaan2 mereka
namun kini pertanyaan2 mereka semua saya hanya jawab dengan
senyuman sahaja.
KENAPA?
Biarlah hanya Allah saja yang tahu rahsia dihati seseorang,
kerana saya percaya masanya akan tiba jua,
untuk hati ini terisi buat seorang ADAM,
cukuplah saya tidak mahu terus terleka dengan permainan dunia,
saya hanya mahukan satu ikatan yang halal
antara kami nanti,
BAGAIMANA KALAU MEREKA TERUS BERTANYA?
Saya akan memberi jawapan hanya dengan senyuman juga,
itu pasti,
biarkan mereka dengan andaian2 sendiri,
cukuplah senyuman itu sebagai jawapan,
andai tiba masanya nanti,
pasti mereka mengerti kenapa saya berbuat begitu,
KERANA?
Saya percaya JANJI ALLAH itu pasti,
buat tiap hambanya,
KENAPA SAYA BEGITU YAKIN?
kerana saya berpegang pada ini :
KIRANYA TIADA CINTA INSANI UNTUKMU,
CUKUPLAH CINTA ALLAH,
PENYULUH HIDUPMU,
KELAK,
AKAN ADA CINTA,
UNTUKMU DARI INSAN,
YANG MENYINTAIMU,
SEBAGAIMANA CINTAMU,
TERHADAPNYA...
insyaallah:)

2 comments:

  1. ala ina..hidup single lg sng rasenye..yela,x yh pk owg len..nk jge hati la tu la..ni la..relaks sudh..k??

    ReplyDelete
  2. tau xpe..xp aku sbg manusia perlukan kasih syg...he3

    ReplyDelete