Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Sunday, July 25, 2010

New Urbanism (Walkability)

Dalam konteks pembangunan pada masa kini konsep new urbanism adalah amat praktikal untuk digunapakai ini adalah kerana konsep ini bukan sahaja menitikberatkan pembangunan fizikal malah mementingkan keselesaan penduduk. Antara salah satu prinsip yang digunakan bagi mewujudkan sebuah bandar new urbanism adalah prinsip walkability di mana ianya merujuk kepada kepentingan penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke tempat dengan hanya berjalan kaki. Terdapat banyak faedah apabila prinsip dapat digunapakai dalam pembangunan sesebuah kawasan antaranya dapat melahirkan sebuah masyarakat yang sihat, dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, mengurangkan masalah kemalangan dan mengelakkan pencemaran terutamanya pencemaran bunyi dan udara.Walaubagaimanapun untuk menjayakan prinsip walkability ini sebuah kawasan itu haruslah memiliki reka bentuk bandar yang sistematik dan mampu untuk menarik perhatian pengguna untuk berjalan. Antara indikator yang boleh digunapakai bagi menarik perhatian pengguna untuk berjalan kaki adalah sesebuah kawasan tersebut menyediakan kawasan pejalan kaki yang menarik dengan penanaman pokok-pokok sebagai peneduh, lanskap yang menarik, sistem keselamatan yang sempurna seperti bollard yang mengasingkan kawasan pejalan kaki dan jalan raya serta sistem lampu jalan terutamanya pada waktu malam untuk mengelakkan berlakunya masalah jenayah seperti ragut.

7 comments:

  1. Well said Shahrina, adakah budaya berjalan kaki makin menurun di Malaysia?? Apa-apa pun kena pupuk kembali dari awal...from the basic..dari sedetail-detail design. Mengubah dan mengembalikan sikap adalah lebih sukar.

    ReplyDelete
  2. Ya budaya berjalan kaki di Malaysia semakin menurun kerana mereka lebih suka menggunakan kenderaan daripada berjalan kaki.Ini kerana sikap mereka yang tidak suka berjalan walaupun mereka tahu kebaikan yang akan dipeolehi daripada berjalan.Cara-cara untuk mengembalikan sikap mamang sukar kerana sikap hanya dapat diubah oleh diri mereka sendiri.Oleh itu, beberapa pihak terttentu perlulah mmengadakan beberapa kempen untuk memupuk budaya berjalan kaki supaya konsep walkability dapat dipraktikalkan dengan baik.

    ReplyDelete
  3. sikap masyrakat mempengaruhi budaya berjalan kaki di Malaysia. Biasanya masyarakat malas untuk berjalan untuk ke satu-satu tempat apabila mereka sudah mempunyai kenderaan dan pengangkutan sendiri. Mereka lebih suka mengunakan kenderaan mereka sendiri kerana mereka pikir tidak perlu mengambil masa yang penjang untuk ke sesuatu tempat dalam bandar mereka.

    ReplyDelete
  4. Bersetuju dengan pandangan rina. Namun budaya berjalan kaki di Malaysia adalah jauh berkurangan berbanding dengan negara-negara lain.Salah satu faktornya ialah jenis cuaca di negara kita iaitu panas dan lembap sepanjang tahun atau khatulistiwa malah kepanasannya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Hal ini yang menghalang penduduk di Malaysia untuk berjalan kaki.Namun begitu,kita juga perlu mengubah mentaliti masing-masing bahawa berjalan kaki adalah suatu pendekatan yang terbaik dalam menjaga keharmonian bumi dan tidak menggunakan kenderaan yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah.

    ReplyDelete
  5. salam.amalam berjalan kaki mmg 1 amalan yg cukup baik,,bnyk impak positif yg bolekita lihat..badan sihat,peluh pun kuar...less pollution...less noise...less congestion...ngara kita ni nk baik2 je...kempen sana sini...tp pelaksanaannye? xd pun....org atas kne jalan kaki dulu,baru kita yg bawah2 ni akan teruja nk ikut...ni kete lg bnyk kt jalan...tp pngangkutan awam makin turun kualitinya...pmbngunan juga harus dirancang dgn baik agar mempunyai accessbility yg tinggi..

    ReplyDelete
  6. budaya berjalan kaki adalah amalan yang sihat namun dewasa ini masyarakat lebih gemar menggunakan kenderaan untuk bergerak walaupun dalam jarak yang dekat. hal ini menunjukkan masyarakat tidak concern tentang persekitaran yang mungkin akan menjadikan persekitaran tidak sihat dengan meningkatnya penggunaan kenderaan. penyediaan kawasan berjalan kaki yang lengkap dengan kemudahan mungkin dapat memupuk semangat masyarakat untuk berjalan kaki disamping dapat mengurangkan pencemaran, kesesakan dan lain-lain.

    ReplyDelete
  7. melalui pemerhatian saya sendri laluan pejalan kaki di negara kita jauh ketinggalan berbanding dengan negara2 maju yang telah membawa konsep ini dengan jayanya..laluan yang dibuat seperti hanya untuk mencukupkan syarat pembangunan sahaja dan tidak dibuat dengan sempurna..kebanyakan laluan pejalan kaki ini dihadang dengan kerusi rehat,tong sampah dan lampu jalan serta papan2 tanda jer..so mcm mane nak galakan orang berjalan kaki dan mengurangkan kenderaan di atas jalan raya klu ini yang berlaku di negara kita..

    * lakukan perancangan dengan sambil lewa tapi biarla bersunguh2 utk kepentinagn orang ramai..

    ReplyDelete