Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Wednesday, July 21, 2010

Urban Rural-Fringe

Isu kawasan pinggir bandar bukanlah satu isu baru yang melanda di Malaysia malah dikawasan luar Negara juga turut sama berlaku. Pembangunan yang pesat telah mempengaruhi penggunaan guna tanah di kawasan pinggir bandar untuk membentuk satu pembangunan baru. Ini kerana pembangunan yang terlalu pesat di bandar menyebabkan penggunaan guna tanah yang optimum. Isu ini memberi impak kepada pembangunan akan datang dalam pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan alam sekitar.Isu ini perlu lah diteliti dengan lebih telus lagi supaya setiap pembangunan yang ingin dijalankan memenuhi objektif ke arah pembangunan mampan.

7 comments:

  1. Setuju dengan pendapat rina iaitu kepesatan pembangunan di bandar mendorong isu ini terus berlaku. Malah menyumbang kepada pelbagai masalah seperti berlakunya pencemaran,kesesakan lalulintas dan sebagainya. Masalah ini perlu ditangani segera agar kawasan pinggir bandar tidak lagi mengalami tekanan akibat aktiviti pembangunan yang tidak terancang.

    ReplyDelete
  2. pembangunan yang dilaksanakan tanpa perancangan yang betul akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan yang akan menggugat identiti sesebuah kawasan dan memberi kesan kepada pembangunan di masa akan datang.

    ReplyDelete
  3. Betul 2...kita sebagai planner amnya perlu merancang sesuatu pembangunan berdasarkan kepada pembangunan mampan.Pembangunan mampan yang dimaksudkan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menjejaskan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependudukan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga (sumber: World Commission On Environment & Development, 1987).Untuk itu elakkan daripada melakukan pembangunan yang mementingkan diri sendiri semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih dan ingatlah akan kehidupan bakal anak cicit kita.Mereka lah pewaris yang akan membangunkan negara Malaysia di peringkat antarabangsa.Renung-renungkan...

    ReplyDelete
  4. pembangunan mampan mula digunapakai secara meluas dalam dunia perancangan pambangunan kita dan ini melihatkan usaha2 yang dibuat untuk menangani masalah pinggir bandar..

    ReplyDelete
  5. diba setuju dgn pndangn rina dan korang semua..pmbngunan mampan amatlah diperlukan bg mmastikan sumber alam digunakan sbaiknya.kadang kala pmbngunn yg dbgunkan tanpa mmkirkan hak2 yg sptutnya dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan dtg. keuntungan material bukanlah semata2 jika hendak dibandingksn dgn keseimbangan ekosystem dan alam sekitar .

    ReplyDelete
  6. setuju dengan pendapat rina, pembangunan yang terlalu pesat di pinggir bandar akn memberi pelbagai impak negetif dan positif kepada pinggir bandar tersebut. Pembangunan yang akn dibuat ke atas pinggir bandar itu perlulah meneliti terlebih dahalu impaknya supaya tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa depan.

    ReplyDelete
  7. korang,plz follow aku smula k..ni new blog..yg lme xleh bukak..k

    brblik kpd isu rina,smmgnya kwsan pinggir bndr skrg smkin hilang n lenyap dgn adanya pmbngunan yang lbh pesat..bukan shj di Malysia mlhan hampir di seluruh dunia yang seakan-akan mengejar arus pemodenan pembangunan tanpa memikirkan impak positif n negatif yg akan berlaku..justeru itu,wajar konsep pmbgunan mampan itu diguna n diterapkan oleh prncg bandar serta pemaju2 di dlam merancang serta melksana sesuatu pmbngunan agar dpt meyeimbagkan pembangunan dr aspek ekonomi,sosial serta alam sekitar.

    ReplyDelete