Nie AdaLAH aKu

Nie AdaLAH aKu

Monday, August 2, 2010

Urban Sprawl (Rebakan Bandar)

Pembangunan sangat penting untuk menunjukkan sesuatu perkembangan dan kemantangan sesebuah kawasan terutamanya di kawasan bandar. Namun demikian, suatu pembangunan yang tidak dirancang dengan sempurna akan mengakibatkan pelbagai masalah seperti masalah rebakan bandar. Rebakan bandar boleh ditakrifkan sebagai proses pertumbuhan dan pembangunan daripada kawasan bandar kepada pinggir bandar. Di sini dapat dilihat proses tersebut telah memberi beberapa impak positif dan negatif. Antara impak positif daripada rebakan bandar adalah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan pinggir bandar. Apabila peluang pekerjaan wujud, taraf hidup masyarakat di kawasan pinggir bandar dan secara tidak langsung kadar pengganguran dapat dikurangkan. Perkembangan dan pembangunan juga dapat meningkatkan ekonomi negara dengan cara menarik perhatian pelabur asing yang berminat untuk melabur dalam negara. Manakala bagi kesan negatif pula kawalan pembangunan yang tidak terancang menyebabkan berlakunya pencemaran seperti air, bunyi, udara dan tanah yang membawa kesan buruk terhadap imej bandar dan masalah kesihatan terhadap penduduknya. Pembangunan bandar yang pesat menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. Rebakan bandar akan mengakibatkan kurangnya kawasan pertanian dan kawasan hijau ini adalah disebabkan pemaju yang berlumba-lumba untuk membangunkan kawasan pinggir bandar. Apabila berlakunya rebakan bandar masalah sosial akan meningkat ini adalah kerana pengaruh budaya bandar yang turut merebak ke pinggir bandar. Kesimpulannya masalah rebakan bandar perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak baik kerajaan, NGO, perancang bandar mahupun masyarakat kerana masalah ini adalah membabitkan masalah bersama dan perlu ditanggani dengan cara yang terbaik supaya masalah tidak melarat hingga membawa masalah yang lebih besar.




9 comments:

  1. Good Shahrina...Pinggir bandar juga perlu dirancang dengan pelbagai jenis guna tanah. This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. Masalah sosial berlaku bukanlah kerana pengaruh budaya bandar semata-mata. Tetapi kerana tekanan hidup akibat taraf hidup yang tinggi.

    ReplyDelete
  3. pandangan yang menarik dimana masih ade kesan positif daripada hasil pembangunan tetapi sedih melihat nsb sesetengah pihak yg terpaksa kehilangan tanah dan gaya hidup yang telah lama dipraktikan sejak zaman nenek moyang kita yg terdahulu lg..keadaan ni yang perlu dititik beratkan oleh para perancang untuk membangunkan kawasan pinggir bandar agar budaya masyarakat setempat dihormati..

    ReplyDelete
  4. tidak semua pihak berkepentingan memandang hal ini sebagai satu permasalahan. ketamakan dalam mengejar kekayaan dan kepentingan diri sendiri menyebabkan pengabaian terhadap penyediaan kehidupan yang selesa bagi penduduk-penduduk pinggiran bandar. Malah,perancangan gunatanah di luar bandar juga menjadi tidak seimbang kerana tiada perancangan yang khas dalam membangunkannya.

    ReplyDelete
  5. Adanya rebakan bandar ke atas kawasan pinggir bandar memang tidak dinafikan mempunyai kesan negatif dan positifnya.Namun,kesan ini perlu lah seimbang di mana tidak mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

    ReplyDelete
  6. pembangunan yang dijalnkan menyumbang kepada impak positif dan negatif bial dilihat dalam aspek yang berbeza. rebakan bandar yang berlaku di kawasan pingir bandar seharusnnya dapat diatasi dengan segera sebelum ianya merebak kepada yang lebih teruk kerana yang menerima kesannya adalah penduduk tempatan. keselesaan penduduk tempatan haruslah diambil kira dengan menjalankan pembangunan yang terkawal dan perancgan yang betul.

    ReplyDelete
  7. salam.btul pndapst rina.rebakan bndar ad psitif dan negatifnya juga.tp dr segi fizikal brbnding sosioeko dan sosiobdaya

    ReplyDelete
  8. sememangnya proses rebkan bandar dapat memeberiukan kesan positif dan negatifnya dengan cara yang tyersendiri. bagi kesan positif tersebut haruslah dinaiktarafkan dan diperbaiki dari masa ke semasa manakala bagi kesan negatif terbabit jalan penyelesaian yang etrbaik haruslah diaplikasi supaya semua pihak dapat menikmati pembangunan yang semakin pesat di Malaysia secara sama rata.

    ReplyDelete